5 Rukun Islam

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-
  •  Mengucap dua kalimah syahadah
         'Tiada Tuhan melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah'

Dengan Syahadatan di atas, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah S.W.T dan Nabi Muhamad S.A.W. itu adalah pesuruhnya.

  "Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Ali 'Imran : Ayat 18)
  • Menunaikan solat fardhu lima waktu
Solat adalah ibadat fardhu yang wajib dilakukan oleh orang Islam lima kali sehari. Solat lima waktu ini dikenali sebagai solat fardhu atau solat yang wajib dilakukan.

Waktu solat telah ditentukan masanya :-
  1. Solat Subuh - sekurang-kurangnya sejam setengah sebelum matahari terbit
  2. Solat Zohor - baru sahaja selepas tengahari
  3. Solat Asar - waktu petang
  4. Waktu Maghrib - baru sahaja selepas matahari terbenam
  5. Waktu Isyak - sekurang-kurangnya sejam setengah selepas matahari terbenam
  • Mengeluarkan Zakat
Zakat  dari segi syarak adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

   " Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar." (Surah Al-Baiyinah : Ayat 5)
  •   Berpuasa pada bulan Ramadhan

Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan keinginan kita kepada Allah. Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala larangan-Nya, secara tidak langsung akn melahirkan rasa keinsafan di dalam keperibadian kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

   " (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudianwajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. " - (Surah Al-Baqarah : Ayat 184)

  • Mengerjakan Haji di Mekkah
Dengan mengerjakan Haji, kita menyembah Allah S.W.T. dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah bagi mereka yang berkemampuansekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
   " Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk." (Surah Ali 'Imran : Ayat 97)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan